Thursday, July 16, 2009

SISTEM 'BUDDY' DILANCARKAN

Pada 16 Julai 2009, jam 12 tengahari, kepimpinan PERUNDANG mengadakan perjumpaan dengan Mahasiswa/i Tahun Satu sesi 2009/2010. Sebelum perjumpaan diadakan, PERUNDANG memberi kesempatan kepada ISIUKM untuk mempromosikan persatuan mereka. Selepas tamat sesi tersebut, Sdr. Ahmad Syiimir memulakan buah bicara yang pertama dengan mahasiswa/i Tahun Satu.

Sdr. Syiimir adalah Presiden bagi PERUNDANG sesi 2009/2010 telah memperkenalkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang iaitu PERUNDANG kepada mereka. Antara isu adalah penubuhan, misi dan lain-lain. Selepas dari itu, diikuti oleh Sdr. Hazwan, iaitu Naib Presiden PERUNDANG. Beliau yang tidak berapa sihat kerana menguruskan Pesta Konvo masih ingin berjumpa dengan mahasiswa/i. Beliau telah menceritakan mengenai jawatan dan skop tugasannya serta aktiviti serta program yang bakal dilaksanakan. Selepas itu, diikuti oleh Sdr. Hidayah iaitu Setiausaha Agung yang bertindak mengedarkan borang pendaftaran ahli PERUNDANG kepada mereka. Diikuti Timbalan Setiusaha Agung, Sdr. Asnida Alias yang memberikan sepatah dua kata. Bendahari Kehormat iaitu Sdr. Neo Ker Chin menjelaskan bahawa mereka perlu membayar RM5 sebagai ahli PERUNDANG.

Exco-exco mula mengambil tempat dalam menjelaskan jawatan serta skop bidang mereka. Disamping itu, kata-kata nasihat turut diberikan serta kata-kata pembakar semangat supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Kesemua exco telah hadir kecuali Exco Penerangan dan Penerbitan yang diwakili oleh Timbalan Exco sahaja. Perjumpaan yang santai ini turut mendengar rintihan mahasiwa/i mengenai perkhidmatan bas, cafe, tandas, air-con dan lain-lain. InsyaAllah, PERUNDANG akan cuba bekerjasama bersama Ssr. Phoon dan Fakulti sendiri dalam menyelesaikan masalah ini.

Diakhir acara, PERUNDANG telah melancarkan program Sistem 'Buddy' di mana ianya mirip Program Mento-Mentee cuma bezanya adalah mahasiswa/i perlu mengenal senior mereka dari Tahun Tiga bagi mendapatkan apa jua bantuan atau tunjuk ajar. Program ini diceriakan lagi dengan cabaran bagi mentee bagi mencari mentor mereka. Setiap mentor akan mendapat 2 atau 3 orang mentee. Mentee akan mencari mentor mereka dan perlu mangambil gambar bersama mentor masing-masing. Mereka perlu mendapatkannnya selewat-lewatnya Khamis hadapan bertarikh 23 Julai 2009 jam 12 tengahari. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan hubungan mereka dengan senior lain serta penglibatan mereka turut tidak diambil kira.

Diharapkan para mahasiswa/i akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Kepada mentor, jangan pula anda tidak hadir ke fakulti!

Salam.

Menunggu giliran masuk DK


Ni pun 2x5


Bajet2


Khusyuk+lapar+sabar jela..




Sdr. Amar dan Sdr. Hazwan


Sdr. Syiimir dan Exco-exconya


Sdr. Hazwan tengah berceloteh

*So, kami menunggu kehadiran mentee-mentee kami!He3..