Jejak Maklumat telah diadakan pada 31 Julai 2009. Peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i Tahun Dua hingga Tahun Empat telah memberi sepenuh komitmen terhadap tugas masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang dimana terdapat 16 kumpulan telah mendaftar.
Taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Mohd Adnan berserta syarat-syarat pertandingan. Urusetia terdiri daripada pustakawan dan beberapa Exco PERUNDANG. Saingan sengit telah berlaku di mana suasana haru biru, hiruk pikuk, caca merba telah melanda Perpustakaan Undang-Undang. Ada yang semput, termengah-mengah, tergolek-golek kat tangga! Ada yang panjat-panjat rak kabinet buku!
Pertandingan tersebut telah berakhir sekitar jam empat petang. Selepas itu, kesemua peserta dan urusetia dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Keputusan akan diumumkan pada Hari Bersama Pelanggan pada 5 Ogos 2009. Program seumpama ini sememangnya mengeratkan hubungan warga fakulti dengan pustakawan yang sporting gila.
Long Live PUU!!
Syarat-syarat :
a) 5 soalan setiap kumpulan
b) Setiap soalan adalah berantai maka ia perlu diselesaikan satu persatu dan klu seterusnya akan diberikan.
c) Keputusan berdasarkan kumpulan paling cepat dan jawapan paling tepat. (kepantasan tuntas ye)
d) Keputusan juri adalah muktamad.
e) Cubaan merasuah tidak akan dilayan!

*Trimas kepada semua. Lain kali kita buat satu fakulti. Biar pengsan terus..He3...