Lepak..Tiada apa-apa kecurian atau kehilangan barang di Bilik PERUNDANG. Cuma perasaan tanggungjawab kepada 'ibu pejabat' PERUNDANG yang patut dikemaskini demi mengelakkan sebarang kehadiran makhluk-makhluk yang gemarkan tempat yang bersepah. Begini, pada petang 17 Julai 2009. kira-kira jam 3 petang, PERUNDANG menghantar dua batalion ke Fakulti Undang-Undang. Satu batalion ke Perpustakaan Undang-Undang bagi mengadakan perbincangan mengenai Pertandingan Jejak Maklumat yang bakal diadakan kelak. Satu lagi batalion ditugaskan untuk mengemas bilik PERUNDANG. Tugasan ini perlu dilaksanakan kerana ia akan memudahkan pengurusan dan mengeratkan silaturrahim. 11 orang telah melakukan kerja-kerja mengemas tersebut. Diantaranya Sdr. Amar, Sdr. Amirul, Sdr. Yaya, Sdr. KC, Sdr. Kathi, Sdr. Izzah, Sdr. Nazi, Sdr. Nash, Sdr. Kak Najlaa, Sdr. Syaz, dan Sdr. Dilla. Aktiviti itu telah menemukan beberapa artifak penting sekitar tahun penubuhan PERUNDANG yang perlu dijaga dengan rapi. Walaupun keletihan tetapi PERUNDANG puas hati dengan 'wajah' baru bilik tersebut. Selain itu, PERUNDANG telah menaiktaraf papan kenyataan PERUNDANG walaupun ia belum siap sepenuhnya.
Terima kasih kepada semua.