Pada 25 Jun 2009, Canselor Universiti Kebangsaan yang baru berkenan untuk membuat lawatan ke fakulti-fakulti di UKM termasuklah fakulti kita yang nun jauh di dalam hutan (sekarang tidak berapa hutan lagi). Kedatangan Tuanku telah disambut oleh Dekan Fakulti, Prof. Kamal Halili Hasan dan para pensyarah, kakitangan bukan akademik, pustakawan dan barisan kepimpinan PERUNDANG. Tuanku tiba sekitar jam 12.45 petang yang sambutan hangat telah diberikan oleh semua warga fakulti. Tuanku diiringi oleh Prof. Kamal melawat kawasan sekitar fakulti, perpustakaan serta beberapa penerangan diberikan mengenai sejarah penubuhan fakulti, jumlah kakitangan akademik, dan lain-lain.
Lawatan yang mengambil masa kira-kira sejam telah diakhiri dengan santapan bersama Tuanku di Bilik Mesyuarat Fakulti dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Semua warga fakulti yang telah hadir diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana bersama menjayakan program tersebut. Selain dari itu, barisan kepimpinan PERUNDANG merancang untuk membuat lawatan balas kepada Tuanku sekiranya mempunyai kesempatan. Sekian.
Salam.

.jpg)