
Sempena dengan itu, kami dari PERUNDANG ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua serta tahniah kerana diterima masuk ke universiti kedua terbaik di Malaysia. Ingatlah usaha yang anda semai dahulu tidak kira samada dari Tingkatan Enam, Asasi Undang-Undang UiTM, KUSZA dan lain-lain telah berputik. Anda perlu melakukan sesuatu supaya ia berbuah dengan ranum. Belajar dan terus belajar. Ingat ibu bapa anda di kampung yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya!