Friday, July 31, 2009

ALBAR & PARTNERS


INVITES YOU TO OUR OPEN DAY 2009

DATE : 5 AUGUST 2009
TIME : 2.30 - 5.00 PM
VENUE : 6th FLOOR, FABER IMPERIAL COURT, JALAN SULTAN ISMAIL, 50250, KL

*Further information, please contact:

Ms Jovita, En Mohd Arshat
at
03-20785585 (tel), ext. 279/280
03-20786810 (fax)
or
Email : jovita@albar.com.my
mohdarshat@albar.com.my
albar@albar.com.my


JEJAK MAKLUMAT : AKSI-AKSI TERGOLEK-GOLEK

Jejak Maklumat telah diadakan pada 31 Julai 2009. Peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i Tahun Dua hingga Tahun Empat telah memberi sepenuh komitmen terhadap tugas masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang dimana terdapat 16 kumpulan telah mendaftar.

Taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Mohd Adnan berserta syarat-syarat pertandingan. Urusetia terdiri daripada pustakawan dan beberapa Exco PERUNDANG. Saingan sengit telah berlaku di mana suasana haru biru, hiruk pikuk, caca merba telah melanda Perpustakaan Undang-Undang. Ada yang semput, termengah-mengah, tergolek-golek kat tangga! Ada yang panjat-panjat rak kabinet buku!

Pertandingan tersebut telah berakhir sekitar jam empat petang. Selepas itu, kesemua peserta dan urusetia dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Keputusan akan diumumkan pada Hari Bersama Pelanggan pada 5 Ogos 2009. Program seumpama ini sememangnya mengeratkan hubungan warga fakulti dengan pustakawan yang sporting gila.

Long Live PUU!!

Syarat-syarat :

a) 5 soalan setiap kumpulan
b) Setiap soalan adalah berantai maka ia perlu diselesaikan satu persatu dan klu seterusnya akan diberikan.
c) Keputusan berdasarkan kumpulan paling cepat dan jawapan paling tepat. (kepantasan tuntas ye)
d) Keputusan juri adalah muktamad.
e) Cubaan merasuah tidak akan dilayan!

Meja pendaftaran. Nazi, Mr Zul dan Izzah

Peserta teruja sangat. Kumpulan BOBOY!


Encik Mohd Adnan sedang memberi taklimat ringkas


Kehilangan maklumat : Kumpulan Jawa


Wanie dan amyrul : Racing di tangga.


Power of Fusion : Bajet juara!


Urusetia : PERUNDANG dan PUU

*Trimas kepada semua. Lain kali kita buat satu fakulti. Biar pengsan terus..He3...

Sunday, July 26, 2009

PERPUSTAKAAN UNDANG-UNDANG: HARI BERSAMA PELANGGAN

Perpustakaan Undang-Undang, UKM kampus Bangi akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan 2009 pada 5 Ogos 2009. Selain daripada beberapa aktiviti, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Jejak Maklumat turut diadakan. Semua mahasiswa/i dijemput hadir ke program tersebut.

"PERPUSTAKAAN PENJANA GENERASI BERMAKLUMAT"
http://www.ukm.my/library

Wednesday, July 22, 2009

INVITATION TO PARTICIPATE IN AIKOL FESTIVAL 2009 SUB-PROGRAMMES

DATE : 8th August-9th August 2009
PARTICIPANTS : Approximately 40 students
PAYMENT : RM 20 per person

Tentative programme for National Law Student's Colloquium 2009 (8th August 2009, 8.30 pm-5.30 pm, Main Auditorium, IIUM)

10 am : Talk on "Blogging: Freedom or Denigration?" by En. Norizan Syarif, an active blogger
11 am : Talk on "The Role of Bar in Safeguarding the Constitutionalism" by Mr. Ragunath Kesavan, President of Bar Council Malaysia
2.15 pm : Forum "Constitutional Crisis: Political or Constitutional Prestige?" by Asst. Prof. Dr. Shamrahayu (mode), Prof. Dr. Abd. Aziz Bari (IIUM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi (UiTM) and Khaw Veon Szu (SEDAR Institut)

Tentative Programme for Legal Theater & Closing Ceremony for AIKOL Fest 2009 (8th August 2009, 8.30 pm-11 pm, Main Auditorium, IIUM)

9.15 am : Legal Theatre Performance : 'Legal is Ethical' by AIKOLIAN in collaboration with Theater Club IIUM

Tentative Programme for Law Community Sports Carnival 2009 ( 9th August 2009, 7.30 am-3 pm, Saidina Hamzah Male Sports Complex)

Games : Futsal (male & female), Valleyball (male), Netball (female)

Tuesday, July 21, 2009

PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT

Tarikh: 31hb Julai 2009 (Jumaat)
Tempat: Perpustakaan Undang-Undang, UKM
Masa: 3 petang - 4 petang
Syarat-Syarat:
a) Terbuka kepada semua mahasiswa/i Fakulti Undang-Undang UKM kecuali urusetia program yang terlibat
b) Satu pasukan diwakili 3 orang peserta
c) Yuran penyertaan adalah PERCUMA!!
d) Para peserta yang menghadapi masalah kenderaan untuk hadir pada hari pertandingan dikehendaki untuk memberitahu penganjur secepat mungkin
e) Keputusan pengadil adalah muktamad
f) Keputusan pertandingan dan upacara penyampaian hadiah akan diadakan pada "Hari Bersama Pelanggan" pada 5 Ogos 2009
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
a) En. Rahman (PUU) 016-3430786
b) Pejabat PUU : 03-89216393/03-89216392
c) Nazirah (PERUNDANG): 019-7896367
d) Adilla (PERUNDANG): 019-2503770
Hadiah:
a) Johan : RM 250
b) Naib Johan : RM 200
c) Tempat ke-3: RM 150
d) Tempat ke-4: RM 100
*Setiap penyertaan akan mendapat sijil dan hamper
Tarikh tutup pendaftaran:
24HB JULAI 2009
Anjuran:
Perpustakaan Undang-Undang, UKM
Persatuan Mahasiswa Undang-Undang (PERUNDANG), UKM

Monday, July 20, 2009

MALAYSIA IV 0 MAN. UNITED 2

Pasukan negara terpaksa akur dengan kehebatan pasukan ternama dunia tersebut yang kalah hanya dua gol. Tetapi, sekali lagi pasukan negara membuktikan bahawa kita bukanlah pasukan belasahan berbanding beberapa tahun dahulu yang mana kita kalah dengan enam gol.

Tambahan pula, persembahan pada Sabtu lalu membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan keputusan tersebut. Selain itu, pasukan kita turut kalah hanya dua gol dengan Chelsea baru-baru ini. Maka, permulaan baru bagi bola sepak negara adalah amat dialu-alukan.

Malaysia boleh!



John O'Shea sedang merebut bola dengan pemain Malaysia, Azmi Muslin

*Still kalah bermaruah..

Sunday, July 19, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA!

Tiada siapa sangka, pasukan Manchester United turut menghadapi masalah ketika menghadapi pasukan bola sepak negara tempoh hari. Pasukan yang bertaraf bintang terpaksa mencari gol supaya maruah mereka tidak tercalar semasa menentang pasukan kerdil di Asia. Kenangan manis yang perlu diingati adalah bagaimana pasukan negara dapat mengikat Manchester United pada babak ke-51 melalui Amri Yahyah berikutan kesilapan penjaga gol gantian, Ben Foster. Pada masa kecederaan sebelum itu, Amri telah menyumbat gol dari jarak yang jauh dan menewaskan penjaga gol berkelas dunia, Edwin Van Der Sar. Gol yang cantik tersebut dijaringkan melalui satu lambungan yang menyebabkan Van Der Sar tersilap langkah kerana berada di luar posisi.

Gol penyelamat bagi Manchester United adalah pada minit ke-84 melalui pemain baru mereka, Michael Owen. Sungguhpun begitu, kekalahan tipis ini diibaratkan sebagai kekalahan bermaruah bagi pasukan Malaysia. Dan jangan lupa, pada Isnin malam, pertembungan semula Manchester United dengan pasukan pilihan negara akan berlangsung pada jam 8.45 malam. Hal ini berikutan mereka tidak meneruskan jelajah Asia ke Indonesia selepas kejadian pengeboman di hotel yang bakal didiami oleh pasukan United.

Diharapkan, pada malam tersebut, pasukan negara dapat melakukan kejutan yang bakal menyaksikan perubahan ketara dalam arena bola sepak negara!


Rooney sedang 'membotol' pemain negara


Kawalan ketat

*Pertama kali penulis tengok padang dan kamera di televisyen bertahap antarabangsa. Ada jugak rupanya ye..He3..

Friday, July 17, 2009

BILIK PERUNDANG DISELONGKAR!

Lepak..Tiada apa-apa kecurian atau kehilangan barang di Bilik PERUNDANG. Cuma perasaan tanggungjawab kepada 'ibu pejabat' PERUNDANG yang patut dikemaskini demi mengelakkan sebarang kehadiran makhluk-makhluk yang gemarkan tempat yang bersepah. Begini, pada petang 17 Julai 2009. kira-kira jam 3 petang, PERUNDANG menghantar dua batalion ke Fakulti Undang-Undang. Satu batalion ke Perpustakaan Undang-Undang bagi mengadakan perbincangan mengenai Pertandingan Jejak Maklumat yang bakal diadakan kelak. Satu lagi batalion ditugaskan untuk mengemas bilik PERUNDANG. Tugasan ini perlu dilaksanakan kerana ia akan memudahkan pengurusan dan mengeratkan silaturrahim. 11 orang telah melakukan kerja-kerja mengemas tersebut. Diantaranya Sdr. Amar, Sdr. Amirul, Sdr. Yaya, Sdr. KC, Sdr. Kathi, Sdr. Izzah, Sdr. Nazi, Sdr. Nash, Sdr. Kak Najlaa, Sdr. Syaz, dan Sdr. Dilla. Aktiviti itu telah menemukan beberapa artifak penting sekitar tahun penubuhan PERUNDANG yang perlu dijaga dengan rapi. Walaupun keletihan tetapi PERUNDANG puas hati dengan 'wajah' baru bilik tersebut. Selain itu, PERUNDANG telah menaiktaraf papan kenyataan PERUNDANG walaupun ia belum siap sepenuhnya.

Terima kasih kepada semua.





Wink




Ni zaman dinosour punya nih..


















Board baru..Xsiap lagi..

*Tema: Warna hijau pucuk pisang..Lari dari konsep streotaip!

Thursday, July 16, 2009

SISTEM 'BUDDY' DILANCARKAN

Pada 16 Julai 2009, jam 12 tengahari, kepimpinan PERUNDANG mengadakan perjumpaan dengan Mahasiswa/i Tahun Satu sesi 2009/2010. Sebelum perjumpaan diadakan, PERUNDANG memberi kesempatan kepada ISIUKM untuk mempromosikan persatuan mereka. Selepas tamat sesi tersebut, Sdr. Ahmad Syiimir memulakan buah bicara yang pertama dengan mahasiswa/i Tahun Satu.

Sdr. Syiimir adalah Presiden bagi PERUNDANG sesi 2009/2010 telah memperkenalkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang iaitu PERUNDANG kepada mereka. Antara isu adalah penubuhan, misi dan lain-lain. Selepas dari itu, diikuti oleh Sdr. Hazwan, iaitu Naib Presiden PERUNDANG. Beliau yang tidak berapa sihat kerana menguruskan Pesta Konvo masih ingin berjumpa dengan mahasiswa/i. Beliau telah menceritakan mengenai jawatan dan skop tugasannya serta aktiviti serta program yang bakal dilaksanakan. Selepas itu, diikuti oleh Sdr. Hidayah iaitu Setiausaha Agung yang bertindak mengedarkan borang pendaftaran ahli PERUNDANG kepada mereka. Diikuti Timbalan Setiusaha Agung, Sdr. Asnida Alias yang memberikan sepatah dua kata. Bendahari Kehormat iaitu Sdr. Neo Ker Chin menjelaskan bahawa mereka perlu membayar RM5 sebagai ahli PERUNDANG.

Exco-exco mula mengambil tempat dalam menjelaskan jawatan serta skop bidang mereka. Disamping itu, kata-kata nasihat turut diberikan serta kata-kata pembakar semangat supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Kesemua exco telah hadir kecuali Exco Penerangan dan Penerbitan yang diwakili oleh Timbalan Exco sahaja. Perjumpaan yang santai ini turut mendengar rintihan mahasiwa/i mengenai perkhidmatan bas, cafe, tandas, air-con dan lain-lain. InsyaAllah, PERUNDANG akan cuba bekerjasama bersama Ssr. Phoon dan Fakulti sendiri dalam menyelesaikan masalah ini.

Diakhir acara, PERUNDANG telah melancarkan program Sistem 'Buddy' di mana ianya mirip Program Mento-Mentee cuma bezanya adalah mahasiswa/i perlu mengenal senior mereka dari Tahun Tiga bagi mendapatkan apa jua bantuan atau tunjuk ajar. Program ini diceriakan lagi dengan cabaran bagi mentee bagi mencari mentor mereka. Setiap mentor akan mendapat 2 atau 3 orang mentee. Mentee akan mencari mentor mereka dan perlu mangambil gambar bersama mentor masing-masing. Mereka perlu mendapatkannnya selewat-lewatnya Khamis hadapan bertarikh 23 Julai 2009 jam 12 tengahari. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan hubungan mereka dengan senior lain serta penglibatan mereka turut tidak diambil kira.

Diharapkan para mahasiswa/i akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Kepada mentor, jangan pula anda tidak hadir ke fakulti!

Salam.

Menunggu giliran masuk DK


Ni pun 2x5


Bajet2


Khusyuk+lapar+sabar jela..




Sdr. Amar dan Sdr. Hazwan


Sdr. Syiimir dan Exco-exconya


Sdr. Hazwan tengah berceloteh

*So, kami menunggu kehadiran mentee-mentee kami!He3..

MAJLIS LAWATAN RASMI DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, CANSELOR UKM, TUANKU MUHRIZ FAKULTI UNDANG-UNDANG

Pada 25 Jun 2009, Canselor Universiti Kebangsaan yang baru berkenan untuk membuat lawatan ke fakulti-fakulti di UKM termasuklah fakulti kita yang nun jauh di dalam hutan (sekarang tidak berapa hutan lagi). Kedatangan Tuanku telah disambut oleh Dekan Fakulti, Prof. Kamal Halili Hasan dan para pensyarah, kakitangan bukan akademik, pustakawan dan barisan kepimpinan PERUNDANG. Tuanku tiba sekitar jam 12.45 petang yang sambutan hangat telah diberikan oleh semua warga fakulti. Tuanku diiringi oleh Prof. Kamal melawat kawasan sekitar fakulti, perpustakaan serta beberapa penerangan diberikan mengenai sejarah penubuhan fakulti, jumlah kakitangan akademik, dan lain-lain.

Lawatan yang mengambil masa kira-kira sejam telah diakhiri dengan santapan bersama Tuanku di Bilik Mesyuarat Fakulti dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Semua warga fakulti yang telah hadir diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana bersama menjayakan program tersebut. Selain dari itu, barisan kepimpinan PERUNDANG merancang untuk membuat lawatan balas kepada Tuanku sekiranya mempunyai kesempatan. Sekian.

Salam.

Ketibaan Tuanku


Disambut oleh Dekan dan Timbalan Dekan


Tuanku sedang menandatangani memorial sambil diperhatikan oleh Sdr. Syazana Safiah dari Exco Hal Ehwal Siswi PERUNDANG


Penerangan oleh Dekan Fakulti sempena lawatan baginda


Penerangan mengenai sejarah Fakulti Undang-Undang sambil diperhati oleh Sdr. Hazwan, Naib Presiden PERUNDANG serta Prof. Madya Faridah Jalil

Penerangan dari kakitangan Perpustakaan Undang-Undang


Lawatan sekitar perpustakaan diiringi Dekan dan Naib Canselor


Santapan baginda di Bilik Mesyuarat Fakulti

*Sumber : Pusat Penerbitan dan Pencetakan UKM

Friday, July 10, 2009

SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BARU SESI 2009/2010


Sempena dengan itu, kami dari PERUNDANG ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua serta tahniah kerana diterima masuk ke universiti kedua terbaik di Malaysia. Ingatlah usaha yang anda semai dahulu tidak kira samada dari Tingkatan Enam, Asasi Undang-Undang UiTM, KUSZA dan lain-lain telah berputik. Anda perlu melakukan sesuatu supaya ia berbuah dengan ranum. Belajar dan terus belajar. Ingat ibu bapa anda di kampung yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya!