Melihat kepada penularan virus H1N1, PERUNDANG mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis solat hajat bagi memohon perlindungan daripadaNya dari virus maut tersebut. Selain daripada itu, ceramah ringkas telah diadakan selepas solat hajat tersebut. Ceramah tersebut adalah mengenai bagaimana cara untuk mengurangkan risiko jangkitan serta langkah-langkah segera yang perlu diambil. Sama-samalah kita memupuk kesedaran berkenaan isu penularan H1N1 ini.