Monday, August 24, 2009

CERAMAH MENGENAI LATIHAN INDUSTRI ANJURAN ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM

Persatuan Alumni Fakulti Undang-Undang UKM telah mengadakan usahasama dengan Dr. Mahmud Zuhdi untuk memberi maklumat berguna mengenai attachment yang bakal dilalui oleh mahasiswa/i tahun 3. Majlis ini telah diadakan pada 22 Ogos 2009 daru jam 9 pagi hingga 1 petang. Alumni dari pelbagai batch telah hadir untuk memberi kerjasama. Ia turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Ariffin Zakaria. YAA juga memberi pelbagai tips dan menjawab soalan dari mahasiswa/i malahan juga peguam!

Majlis turut diiisi dengan taklimat daripada peguam, magistret, penasihat undang-undang dan pelbagai lagi mengenai hala tuju mahasiswa/i undang-undang sekalian. Disini, kami di barisan PERUNDANG mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada alumni-alumni yang sudi meluangkan masa untuk bersama junior-junior kat FUU ni. Terima kasih juga kepada Persatuan Alumni. Semoga program-program seperti dapat diperbanyakkan lagi.


YAA disambut oleh Presiden Persatuan Alumni dan Dekan Fakulti


Bacaan doa merahmati majlis di Ramadhan pertama


YAA memberi ucapan


Dr. Mahmud memberi cenderamata kepada YAA


Bergambar kenang-kenangan

Tq seniors


*Gambar ehsan dari En Saiful