Seperti yang dijanjikan, program yang dijadualkan pada 5 Ogos akhirnya terlaksana jugak..PUU di'interior design'kan secara radikal di mana pintu masuknya sangat meriah dipenuhi mahasiswa/i Fakulti Undang-Undang. Sebenarnya program ini jugak dilaksanakan di PTSL dan lain-lain. Di antara program yang dijalankan adalah yang paling menarik ialah, 50% DISKAUN bagi yang kena denda lewat hantar buku. Penulis juga tertanya-tanya adakah mahasiswa/i yang kehilangan buku PUU juga mendapat diskaun yang sama? He3..Di PTSL jugak dikhabarnya bagi yang berminat mengumpul setem, mungkin kali ini anda ingin mencuba kelainan dengan memberi kejutan kepada ayah bonda anda di kampung dengan menempah setem yang mempunyai wajah anda sendiri. Asyik-asyik padi je (untuk setem Kedah la..). Dan setem ini sah digunakan dalam sebarang surat menyurat. Tidak kena ngena dengan filem Setem.
Ok.. aktiviti lain, mahasiswa/i boleh beri komen dan bertanya sebarang soalan kepada pustakawan yang sememangnya cool gila. Nak komplen pon boleh, nak kutuk pon boleh. Kita sama-sama memajukan lagi PUU kita. Yelah.. asyik muka kita je menempek kat PUU, kena la jaga jugak. Anda juga akan diberi goodie beg dari perpustakaan.
Selain itu, selepas anda bertanya dan komen, anda diberi satu peluang untuk menang hadiah misteri dalam Peraduan Teka Muka Surat Buku (tibai jer..) Ada yang pakai timbang, anda yang ukur saiz buku tu didarab dipuncakuasakan dengan sentimeter, ada yang sekodeng kotak tu, terkorek-korek. Adoiyai..So, sapa yang paling hampir dengan jumlah mukasurat sebenar, akan mendapat hadiah misteri. Paling update, Puan Rosnah mengatakan ada empat orang yang paling hampir meneka dengan betul. Jawapan sebenar muka surat tu ialah 1245! (tak puas hati tul jawab salah)
Dah menjawab peraduan tadi, kita akan ke meja kaunter dimana mahasiswa/i perlu memasukkan tangan ke dalam balang yang berisi soalan-soalan. Jika ada soalan, jawab. Jika tiada, tiada rezeki. Kalau betul, menang cooler fan atau pendrive 2gb. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang...
Then, perkara yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tepat detik jam 2.30 petang, pengumuman pemenang Pertandingan Jejak Maklumat dilakukan. Pemenangnya pertama ialah dari pelajar final year, kedua dan ketiga dari 3rd year. Yang pelik, group pemenang kedua dan ketiga ni sebenarnya antara yang paling lewat menghabiskan soalan dan ada pulak yang kurang orang! Tu la, kalau jodoh tak kemana. Tertulis rezeki kita, tiada siapa dapat menidakkannya. Tahniah kepada pemenang. Tq to PUU sebab semua group dapat hamper and sijil. Tahun depan ada lagi, kalau extent, dapat lagi masuk untuk tahun-tahun ke hadapan!
Tahniah kepada PUU ynang berusaha keras dalam melaksanakan program ni dan ia adalah satu program yang bermakna bagi FUU kerana kita hanya mempunyai jumlah mahasiswa/i yang sedikit. So, dapatlah saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Hubungan erat ini turut akan memudahkan mahasiswa/i dalam mencari bahan-bahan untuk pelajaran yang akan dibimbing oleh pustakawan.
So, ini gambar semasa berlangsung program tu. Ihsan dari PUU. Enjoy!









*Dialog semua hanya helah belaka. Hak cipta bermaruah!