Wednesday, August 26, 2009

Last Saturday, Chief Judge of Malaya Tan Sri Arifin Zakaria came to the Faculty of Law UKM as a guest of honor of our very own Program Pemantapan Latihan Industri. We have to say that it was such a great pleasure to meet him. It was a very casual event, where we had a chance to ask him any question. He also gave a speech, which basically focuses on our judiciary system. Well, we managed to wrote down some quotations throughout his speech:

"Student life is the best moment of our life."

"If the number of judges increased, there will be too many black car with black window."

"Ethics is the most important part of a lawyer. You must be ethical."

"English is the legal language, and we can't change that."

"Don't ask your witness unless his answer is in favor of you."



He also pointed out 4 tips on how to be a great lawyer:

1) Learn the use of technology. Lack of it will leave you behind.

2) Learn time management. To armed yourself, read some simple management books.

3) The importance of reading habit. As a lawyer, language is your tool.

4) After obtaining LLB Degree, you may be qualified as a lawyer. But this does not guarantee you to be a successful lawyer. Gaining knowledge is long life learning process. It doesn't simply stopped once you obtained your degree.


His words are definitely useful for us in improving ourselves as a law student, or maybe as a future lawyer. Insya-Allah :D

Thank you.

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEPANJANG RAMADHAN



Sempena bulan Ramadhan kali ini, PERUNDANG menjemput semua warga Fakulti Undang-Undang untuk bertadarus di surau fakulti. Semoga kita tidak mensia-siakan keberkatan di bulan yang suci ini.

WAKTU : ISNIN-JUMAAT/SELEPAS SOLAT ZOHOR
TEMPAT : SURAU FAKULTI


*Lelaki dan wanita digalakkan hadir
*Al-Quran disediakan (limited)

Monday, August 24, 2009

SEPETANG BERSAMA WAKIL LEXIS NEXIS


Minggu lalu PUU telah menerima lawatan dari wakil Lexis Nexis yang sudi memberi penerangan yang mendalam mengenai penggunaan dan pembaharuan di capaian pengkalan data Lexis Nexis. Taklimat yang diadakan pada jam 2.30 petang memberi banyak tips untuk memudahkan pencarian mengenai kes yang berkaitan di laman tersebut.

Selepas taklimat, wakil Lexis Nexis dibawa melawat ke sekitar PUU terutama di sekitar buku-buku kes di tingkat 1. Terima kasih diucapkan kepada PUU yang mengadakan taklimat tersebut kerana ia amat memudahkan mahasiswa/i dalam mencari kes di Malaysia dan di luar negara.







LexisNexis (often called "Lexis" or "Nexis" by customers), a division of Reed Elsevier, offers a widely used, searchable, and identically named archive of content from newspapers, magazines, legal documents and other printed sources. LexisNexis describes itself as the "world’s largest collection of public records, unpublished opinions, forms, legal, news, and business information" , and targets its products to a wide range of professionals in the legal, risk management, corporate, government, law enforcement, accounting and academic markets. Typical customers of LexisNexis include lawyers, law students, journalists, and academics. "It's how you know" was the primary slogan for LexisNexis for over a decade, but in 2007 it transitioned to a slogan of "Total Solutions."

*Gambar ehsan dari PUU

CERAMAH MENGENAI LATIHAN INDUSTRI ANJURAN ALUMNI FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM

Persatuan Alumni Fakulti Undang-Undang UKM telah mengadakan usahasama dengan Dr. Mahmud Zuhdi untuk memberi maklumat berguna mengenai attachment yang bakal dilalui oleh mahasiswa/i tahun 3. Majlis ini telah diadakan pada 22 Ogos 2009 daru jam 9 pagi hingga 1 petang. Alumni dari pelbagai batch telah hadir untuk memberi kerjasama. Ia turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Ariffin Zakaria. YAA juga memberi pelbagai tips dan menjawab soalan dari mahasiswa/i malahan juga peguam!

Majlis turut diiisi dengan taklimat daripada peguam, magistret, penasihat undang-undang dan pelbagai lagi mengenai hala tuju mahasiswa/i undang-undang sekalian. Disini, kami di barisan PERUNDANG mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada alumni-alumni yang sudi meluangkan masa untuk bersama junior-junior kat FUU ni. Terima kasih juga kepada Persatuan Alumni. Semoga program-program seperti dapat diperbanyakkan lagi.


YAA disambut oleh Presiden Persatuan Alumni dan Dekan Fakulti


Bacaan doa merahmati majlis di Ramadhan pertama


YAA memberi ucapan


Dr. Mahmud memberi cenderamata kepada YAA


Bergambar kenang-kenangan

Tq seniors


*Gambar ehsan dari En Saiful

Sunday, August 23, 2009

DOA MENGELAK DARI ANCAMAN BAHAYA


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ)

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

Dipetik dari blog fiqh-sunnah.blogspot.com

KEPADA MAHASISWA/I PRASISWAZAH FAKULTI UNDANG-UNDANG

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009/2010


Tarikh peperiksaan : 26 Oktober - 13 November 2009
Tarikh pengesahan masuk : 31 Ogos - 6 September 2009
Laman web : http://www.ukm.my/smpweb

Dikehendaki:

a) Sekiranya maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka mahasiswa/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang SAH.
b) Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus berturutan dalam satu hari maka mahasiswa/i dikehendaki menekan butang Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan fakulti. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 8 September 2009.
c) Gagal membuat pengesahan atau pembetulan, anda akan dikenakan denda RM15. Jika gagal menghadiri peperiksaan, anda dapatlah gred E.

KEPADA MAHASISWA/I TAHUN SATU

NOTIS PEMBERITAHUAN: AMARAN

KEPADA SESIAPA YANG BELUM MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN PERUNDANG, SILA BERBUAT DEMIKIAN DENGAN MEMBAYAR KEPADA CLASS-REP ANDA. JIKA TIDAK, NAMA ANDA AKAN DISENARAIKAN DI PAPAN KENYATAAN DI DEPAN DK. SILA BAYAR SEBELUM HARI MERDEKA.

PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID UKM SEMPENA RAMADHAN TAHUN INI

a) Solat terawih setiap malam
b) Jamuan berbuka puasa setiap hari sehingga 25 Ramadhan
c) Tadarus Al-Quran setiap malam
d) Tazkirah setiap hari bekerja selepas Zuhur
e) Tahlil arwah setiap hari selepas solat Maghrib
f) Sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan
g) Iktikaf dan sahur pada 10 malam terakhir Ramadhan
h) Sumbangan bantuan hari raya kepada orang yang memerlukan

"MARILAH KITA BERSAMA-SAMA KE MASJID UKM BAGI MEMBERKATI BULAN YANG PENUH MULIA INI"

Saturday, August 22, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MENGENAI VIRUS H1N1

Melihat kepada penularan virus H1N1, PERUNDANG mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis solat hajat bagi memohon perlindungan daripadaNya dari virus maut tersebut. Selain daripada itu, ceramah ringkas telah diadakan selepas solat hajat tersebut. Ceramah tersebut adalah mengenai bagaimana cara untuk mengurangkan risiko jangkitan serta langkah-langkah segera yang perlu diambil. Sama-samalah kita memupuk kesedaran berkenaan isu penularan H1N1 ini.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program berlangsung:

Bacaan Yasin selesai

Kaum wanita yang hadir

VIP yang hadir

Makan2 pulak

Timb. Dekan dan Dr. Teodoro Herbosa

Bersama Dr. Husyairi dari Unit Kecemasan HUKM

Program selesai

Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersbut

Tuesday, August 18, 2009

RAMADHAN NAK MAI DAH..



BARISAN PERUNDANG INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN. ALHAMDULILLAH, KITA MASIH DIBERIKAN NAFAS YANG PANJANG UNTUK BERSAMA MERAIKAN KEDATANGAN RAMADHAN YANG DIRINDUI. SEMOGA KITA BEROLEH RAHMAT DARIPADA-NYA. AMIN..

*Puasa jangan xpuasa no..

MAJLIS KONVOKESYEN SUDAH TAMAT



Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak barisan PERUNDANG mengucapkan tahniah kepada Sdr. Chrissie Lim Wen Hsin yang mendapat Anugerah Pelajaran DiRaja kali ini berserta anugerah-anugerah lain. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kak Ayu yang menerima Hadiah Buku Universiti dan Hadiah bagi Tun Azmi Foundation. Dan, ucapan tahniah serta semoga berjaya kepada semua graduan Fakulti Undang-Undang bagi tahun ini.

Kali ni nak berpantun pulak:

"Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi."

*Terima kasih senior.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MENGENAI VIRUS H1N1



TARIKH : 20HB OGOS 2009
JAM : 7.00 MALAM (MUSLIM)/8.30 MALAM (NON-MUSLIM)
TEMPAT : SURAU (SOLAT HAJAT) / DEWAN KULIAH (CERAMAH)
PAKAIAN : BERSESUAIAN DENGAN MAJLIS

*PELAJAR TAHUN 1 DIWAJIBKAN HADIR
*MAKANAN DISEDIAKAN
*ATAS ARAHAN TIMBALAM DEKAN
*SEMUA DIJEMPUT HADIR


Monday, August 17, 2009

PERUNDANG

Buat pengetahuan sahabat-sahabat, anda boleh link blog PERUNDANG di laman web Perpustakaan Undang-Undang.

Terima kasih

Wednesday, August 12, 2009

FRIENDLY MATCH 3rd YEAR AND 1st YEAR

Minggu lepas, Exco Sukan dan Rekreasi PERUNDANG telah mengadakan satu perlawanan persahabatan diantara Tahun 3 dengan Tahun 1. Perlawanan tersebut agak sengit di mana Tahun 3 dibelasah 7 gol berbalas 3 (awal lagi tu..he3..) Tapi apa yang lebih penting semangat kesukanan dan persahabatan yang terjalin melebihi segalanya. Tahniah kepada Tahun 1 kerana ramai yang hadir dan ramai yang berbakat dalam bola sepak. Semoga anda dapat menyumbang sesuatu kepada fakulti atau universiti jika dianjurkan acara bola sepak.

Di bawah adalah gambar-gambar semasa acara berlangsung. Tq to Faten kerana kameranya.

Sekali lagi, tq to everyone yang hadir pada petang itu.


GOL!!!!!

But sapa la nih?!


Yang join!

*Nanti ada lagi...

ASTRO DIREMPUH BUDAK LAW, UKM

3 Ogos lepas (dah lama dah..) penulis dan beberapa rakan yang tak berkenaan dapat ikot kelas Undang-Undang Media Massa bawah Prof. Safinaz ke Astro untuk join rakaman rancangan AC. Alang-alang xdak kelas, join je la. Best la dapat tengok. 1st time dapat tengok recording, dapat tengok Erra, anak dia, Afdlin dan Harith Iskandar.

Rakaman untuk dua minggu, minggu pertama Erra, Minggu ketiga Afdlin dengan Harith. Memang layan gelak je. AC pon ok. Tinggi gila. So, bagi students subjek tu, sila buat report ye. He3..Tq kepada Prof. Safinaz kerana bagi peluang kat kitorang join program tersebut. Trimas!

Pintu depan

Jempot masok!

Studio : Before recording

Studio : Kamera

Ramai, KLMU+UKM

2nd Year yang pegi sama-sama

3rd year yang hadir sama

Erra buat tatapan anda..He3

Muka depan

Tengah record, takleh amik picture wei

Terima kasih datang ke rancangan saya yer..

*Next time, Macam2 Aznil dan Jangan Lupa Lirik or Ek Eleh Afdlin!
Nak tengok budak Law UKM, 22 Ogos ni ada lagik jam 9 malam!

ALUMNI@FACEBOOK

Baru sebentar tadi ketika hujan lebat beserta guruh dan kilat di langit, penulis merayau-rayau di halaman bermuka-buku. Dah jadi satu tsunami facebook kat UKM nih..So, tengah merayau-rayau jumpa satu group yang ditadbir leh Prof. Madya Faridah Jalil. Group ini adalah untuk alumni FUU UKM yang mana dah ramai alumni dah join. Satu group yan sangat sempoi. Dan Prof. memang update group tersebut. Memandangkan penulis dan kawan-kawan lain xdapat join (muda lagik kitorang nih), so PERUNDANG juz promote group tersebut di sini.

Kepada alumni FUU, UKM, sila daftar Facebook dulu before join (bagi yang belum ler)..Search ALUMNI FACULTY OF LAW UKM.

Semoga ikatan ukhwah kita tidak berakhir ketika graduasi sahaja. Amin..

Bawah ni gambar ihsan dari group ALUMNI.

Exco PERUNDANG, Batch 11

Dinner PERUNDANG 1999

DAPATKAN MAKALAH PERUNDANG EDISI PERTAMA BULAN OGOS


Makalah yang mempunyai empat muka surat diterbitkan setiap bulan untuk warga fakulti tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Edisi pertama telah pun diedarkan kepada semua mahasiswa/i. Makalah ini akan dikarang dalam Bahasa Melayu dan akan diselang dengan Bahasa Inggeris setiap tiga bulan sekali.

Ia akan menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di fakulti dan PERUNDANG. Selain itu, kepada mahasiswa/i yang ingin menulis cerpen, puisi, syair, komik strip atau apa sahaja, boleh emel kepada perundang2009@yahoo.com. Kami akan menerbitkan karya anda setiap bulan. InsyaALLAH, jika boleh, makalah ini akan ditambah mukasurat dan berwarna.

Komen dari mahasiswa/i adalah diharapkan bagi menambahbaikkan makalah ini.

PERTANDINGAN MEREKA BENTUK STIKER KENDERAAN FAKULTI UNDANG-UNDANG

Syarat-syarat pertandingan:

a) Stiker kereta berukuran 8 inci lebar x 3 inci tinggi
b) Stiker motor berukuran 5 inci lebar x 5 inci tinggi
c) Emailkan ke perundang2009@yahoo.com sebelum 26 Ogos 2009
d) Reka bentuk terbaik akan dijadikan stiker bagi Fakulti Undang-Undang sesi 2009/2010
e) Dihantar dalam bentuk JPEG atau Adobe
f) Sebarang warna adalah dibenarkan. Mesti mempunyai perkataan serta logo UKM. Mesti ditulis Fakulti Undang-Undang pada setiap reka bentuk
g) Keputusan adalah muktamad

Sebarang pertanyaan: hubungi Sdr Shahrysham (0176330243)

MAKLUMAN BUAT WARGA FAKULTI

BERIKUTAN PENULARAN WABAK PENYAKIT SELSEMA BABI H1N1, BEBERAPA PROGRAM LUAR PERUNDANG TELAH DIBATALKAN KERANA PIHAK LUAR TIDAK MAHU MENGAMBIL RISIKO UNTUK MENGADAKAN PROGRAM. OLEH ITU, PERUNDANG AKAN CUBA MEMPERBANYAKKAN PROGRAM DALAMAN DAN SEKITAR UKM SAHAJA.

HARAP MAKLUM

Tuesday, August 11, 2009

AIKOL FEST REVISITED 2009, UIA GOMBAK

So, pada 8 Ogos lepas, Fakulti Undang-Undang, UKM menghantar beberapa delegasi ke UIA untuk memeriahkan AIKOLFEST 2009. Perjalanan yang dijadualkan pada pagi ditunda ke sebelah petang kerana beberapa mahasiswa/i mempunyai kelas Diploma Syariah. Perjalanan bermula sekitar jam 6 petang. Driver bas pada petang itu, Encik Safiran. Disamping mahasiswa/i Tahun 3, delegasi juga disertai mahasiswa Tahun 1.

Sampai saja dah pukul 7 lebih. So, kami menjamu selera dan bersolat dahulu. After that, baru dibawa terus ke Main Auditorium UIA untuk tengok Closing Ceremony and Legal Theatre. Sangat sempoi majlis tersebut. Penonton diberi Pop Corn, roti dan air kotak. Teater pon ok. Walaupon agak drag, tapi its normal. Jalan cerita ada dan watak2 sangat menarik. Program tersebut tamat pada jam 12 tengah malam.

So, semua tidor. Lelaki kat Kolej Bukit Lela yang pemandangan KL sangat jelas. Kolej wanita pulak Kolej Mahallah Asiah. Yelah.. Islamic conduct..

Cerita bab lelaki, kami punya kolej siap ada Astro and cafe. So, pakat melantak dulu sambil tengok bola. Bayern lawan pe tah. Then, budak 1st year main ping pong lak. Yang lain dah tidoq dah pon.

Esok pagi pukul 7.30 bertolak dari kolej ke Sports Complex UIA. Perlawanan yang diadakan adalah futsal, bola tampar, dan netball. Pompuan pon ada futsal. So, lelaki punya futsal disokong oleh beberapa pemain professional diimport oleh Sdr. Faiq. Presiden main bola tampar tu..Last2, bola tampar menang tempat keempat dari empat team dan futsal wanita menang tempat keempat dari empat team. Ok la tu..Hu3...

Before balik, kami dibawa jalan2 ke sekitar Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law dan Library UIA. Agak sempoi library dorang. Tapi sayangnya, tak boleh pinjam buku. Fakulti pon best. Sempat la melawat sekitar Main Building yang cantik tu..

Tq to Khairun, Aman dan Maryam yang jadi caretaker untuk UKM. Sporting la korang..Penat jaga kitorang yang banyak peel nih!

Bawah adalah gambar kat UIA. Layan la korang puas2!

Baru sampai. Pirus, Syaz, Daniel and Firdaus

Islamic conduct oi!!!

Teater dah start, 'Truth or Dare'

Tamat..Siap fogging!

Team pompuan

UKM

Valleyball warm up

Main takraw boleh..

Netball

Futsal

Gol woi!

UKM+UUM

Futsal lelaki. Syiimir amik hadiah

Futsal pompuan. Sufi amik hadiah

Dengan Aman, caretaker UKM

AIKOL..

UIA. Dah nak balik..Tq for everything

*Waktu balik : Saat paling best. Tq Encik Zahar diatas khidmat anda! Hu3..