Sunday, July 19, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA!

Tiada siapa sangka, pasukan Manchester United turut menghadapi masalah ketika menghadapi pasukan bola sepak negara tempoh hari. Pasukan yang bertaraf bintang terpaksa mencari gol supaya maruah mereka tidak tercalar semasa menentang pasukan kerdil di Asia. Kenangan manis yang perlu diingati adalah bagaimana pasukan negara dapat mengikat Manchester United pada babak ke-51 melalui Amri Yahyah berikutan kesilapan penjaga gol gantian, Ben Foster. Pada masa kecederaan sebelum itu, Amri telah menyumbat gol dari jarak yang jauh dan menewaskan penjaga gol berkelas dunia, Edwin Van Der Sar. Gol yang cantik tersebut dijaringkan melalui satu lambungan yang menyebabkan Van Der Sar tersilap langkah kerana berada di luar posisi.

Gol penyelamat bagi Manchester United adalah pada minit ke-84 melalui pemain baru mereka, Michael Owen. Sungguhpun begitu, kekalahan tipis ini diibaratkan sebagai kekalahan bermaruah bagi pasukan Malaysia. Dan jangan lupa, pada Isnin malam, pertembungan semula Manchester United dengan pasukan pilihan negara akan berlangsung pada jam 8.45 malam. Hal ini berikutan mereka tidak meneruskan jelajah Asia ke Indonesia selepas kejadian pengeboman di hotel yang bakal didiami oleh pasukan United.

Diharapkan, pada malam tersebut, pasukan negara dapat melakukan kejutan yang bakal menyaksikan perubahan ketara dalam arena bola sepak negara!


Rooney sedang 'membotol' pemain negara


Kawalan ketat

*Pertama kali penulis tengok padang dan kamera di televisyen bertahap antarabangsa. Ada jugak rupanya ye..He3..