








Biro Penerbitan dan Penerangan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang telah menganjurkan Sambutan Deeparaya pada 8 Oktober 2009 yang menyaksikan penggabungan tiga perayaan yang diraikan masyarakat majmuk di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Perayaan Deepavali dan juga tidak ketinggalan, Pesta Tanglung. Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Undang-Undang , Prof Dr. Kamal Halili Hasan diikuti dengan letupan mercun sebagai gimik perasmian. Hampir kecoh seketika apabila terdapat tanglung di khemah VIP terbakar secara tidak sengaja ketika majlis berlangsung akan tetapi dapat dikawal dengan segera.
Seramai lebih kurang 200 orang hadirin yang terdiri daripada pensyarah dan para pelajar hadir memberikan sokongan dan memeriahkan acara pada malam itu. Pelbagai juadah yang menyelerakan turut disediakan bagi menjamu tetamu yang datang antaranya adalah nasi impit dan rendang ayam, putu mayam, manisan laddu, kuih bulan dan banyak lagi. Agak kelakar juga apabila terdapat sesetengah pelajar yang menyangka manisan laddu yang disediakan sebagai bebola nugget, Putu Mayam sebagai bihun dan macam-macam ragam lagi yang dapat dilihat. Diharap dengan adanya Sambutan Deeparaya ini, pelajar-pelajar dapat mengenal makanan-makanan rakyat Malaysia dengan lebih baik lagi.
Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur sejak dari petang lagi dengan segmen Intro-Deeparaya yang melibatkan Pertandingan Menganyam Ketupat, Battle of the Dance Mat, Pertandingan Melukis Kolum dan juga Pertandingan Football. Acara pada malam itu dimulakan dengan persembahan lagu-lagu raya evergreen yang disampaikan oleh Shafiq dan Nashriq dari Biro Moot dan Bahas, diteruskan dengan pasangan Sehati Berdansa FUU yang berjaya menggamit perhatian hadirin dengan keunikan tarian India mereka. Selepas itu, pentas diambil alih oleh band pelajar-pelajar tahun satu yang menyampaikan pelbagai lagu-lagu dalam pelbagai bahasa secara unplugged. Tamat acara persembahan, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang berlangsung ketika segmen Intro-Deeparaya.
Antara mereka yang bertuah adalah Nurul Ema bt Tauhid (Battle of the Dance), Robern (Kick the Ball), Kumpulan KSK (Pertandingan Kolum) dan juga Farha (Menganyam Ketupat). Bagi yang tidak bernasib baik, diharap boleh mencuba lagi pada masa akan datang. Sekitar jam 11 malam, tetamu VIP dan jemputan beransur-ansur pulang dan majils Sambutan Deeparaya mula melabuhkan tirai. Di kesempatan ini, Biro Penerbitan dan Penerangan PERUNDANG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyumbangkan keringat sekaligus menjayakan acara yang dianjurkan ini. Sekian, terima kasih.
Seramai lebih kurang 200 orang hadirin yang terdiri daripada pensyarah dan para pelajar hadir memberikan sokongan dan memeriahkan acara pada malam itu. Pelbagai juadah yang menyelerakan turut disediakan bagi menjamu tetamu yang datang antaranya adalah nasi impit dan rendang ayam, putu mayam, manisan laddu, kuih bulan dan banyak lagi. Agak kelakar juga apabila terdapat sesetengah pelajar yang menyangka manisan laddu yang disediakan sebagai bebola nugget, Putu Mayam sebagai bihun dan macam-macam ragam lagi yang dapat dilihat. Diharap dengan adanya Sambutan Deeparaya ini, pelajar-pelajar dapat mengenal makanan-makanan rakyat Malaysia dengan lebih baik lagi.
Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur sejak dari petang lagi dengan segmen Intro-Deeparaya yang melibatkan Pertandingan Menganyam Ketupat, Battle of the Dance Mat, Pertandingan Melukis Kolum dan juga Pertandingan Football. Acara pada malam itu dimulakan dengan persembahan lagu-lagu raya evergreen yang disampaikan oleh Shafiq dan Nashriq dari Biro Moot dan Bahas, diteruskan dengan pasangan Sehati Berdansa FUU yang berjaya menggamit perhatian hadirin dengan keunikan tarian India mereka. Selepas itu, pentas diambil alih oleh band pelajar-pelajar tahun satu yang menyampaikan pelbagai lagu-lagu dalam pelbagai bahasa secara unplugged.
Antara mereka yang bertuah adalah Nurul Ema bt Tauhid (Battle of the Dance), Robern (Kick the Ball), Kumpulan KSK (Pertandingan Kolum) dan juga Farha (Menganyam Ketupat). Bagi yang tidak bernasib baik, diharap boleh mencuba lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Intan Safinaz bt Mohammad Ali