Wednesday, October 21, 2009

BAYARAN DAN PENDAFTARAN BAKSIS 2009

Perhatian kpd mereka yg telah & ingin memberi nama, sila berjumpa Atie di library tingkat atas (dkt mesin fotostat) untuk membuat bayaran terus. Kaunter dibuka hari ini (10am - 4pm) dan esok (9am - 12pm). Harap maklum.

Monday, October 19, 2009

EXAM DAH DEKAT..TIK..TOK..TIK..TOK..


KAMI DI BARISAN PERUNDANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA SEMUA MAHASISWA/I FUU DAN SAHABAT-SAHABAT DI PERSATUAN MAHASISWA LAIN.

*Selamat menaikkan pointer!!



Friday, October 16, 2009

TEMPAHAN STIKER FUU DIBUKA SEKARANG!

Stiker kereta Jenis satu

Stiker kereta Jenis dua


Jenis satu Jenis dua

Stiker motor jenis satu : RM 4
Stiker motor jenis dua : RM4

Stiker kereta jenis satu : RM 6
Stiker kereta jenis dua : RM6

BAGAIMANA HENDAK BUAT TEMPAHAN:

Berikan maklumat peribadi seperti nama penuh, matriks, no tel, stiker motor/kereta dan jenis serta bayaran deposit sebanyak 50% kepada class rep anda sebelum final paper exam semester ini.

Sebarang masalah sila hubungi Amar (0179088646).


RALAT

Berlaku kesilapan major pada Makalah Perundang Edisi Oktober iaitu:

a) Upcoming events bagi PROPAP adalah pada 10 Januari 2010
b) Muka surat 2 tiada gambar yang dikeluarkan pada bahagian bawah

Harap maklum.

Thursday, October 15, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI


PERUNDANG ingin mengucapkan kepada semua kaum India di Fakulti Undang-Undang UKM, Selamat Menyambut Deepavali. Selamat bercuti juga kepada warga fakulti yang lain yang berkesempatan untuk bercuti sempena cuti study week. Hati-hati, jangan main mercun!


Wednesday, October 14, 2009

PEMENANG PERTANDINGAN REKA BENTUK STIKER FUU

Stiker motor

Stiker kereta I

Stiker kereta II

Tahniah kepada Kak Aimi kerana telah menjadi pemenang dalam pertandingan stiker FUU. Sebanyak 9 peserta, kami di barisan PERUNDANG akhirnya memilih stiker ciptaan Kak Aimi sebagai yang terbaik. Hadiah akan diberikan kepada Kak Aimi. Tempahan akan dimaklumkan tidak lama lagi.


TAKWIM PERUNDANG

11 - 13 NOVEMBER : BAKTISISWA DI FELDA LUI TIMUR

9 JANUARI : SEMINAR UNDANG-UNDANG DAN MASYARAKAT

10 JANUARI : PROGRAM PANDU PELAJAR (PROPAP) DI MELAKA

11 JANUARI : PERTANDINGAN DEBAT, MOOT DAN BAHAS PIALA DEKAN

12 JANUARI : HARI KELUARGA FUU

*Tertakhluk pada perubahan

SAMBUTAN DEEPAVALI DAN HARI RAYA (DEEPARAYA) 2009 : KONKLUSI










Biro Penerbitan dan Penerangan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang telah menganjurkan Sambutan Deeparaya pada 8 Oktober 2009 yang menyaksikan penggabungan tiga perayaan yang diraikan masyarakat majmuk di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Perayaan Deepavali dan juga tidak ketinggalan, Pesta Tanglung. Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Undang-Undang , Prof Dr. Kamal Halili Hasan diikuti dengan letupan mercun sebagai gimik perasmian. Hampir kecoh seketika apabila terdapat tanglung di khemah VIP terbakar secara tidak sengaja ketika majlis berlangsung akan tetapi dapat dikawal dengan segera.

Seramai lebih kurang 200 orang hadirin yang terdiri daripada pensyarah dan para pelajar hadir memberikan sokongan dan memeriahkan acara pada malam itu. Pelbagai juadah yang menyelerakan turut disediakan bagi menjamu tetamu yang datang antaranya adalah nasi impit dan rendang ayam, putu mayam, manisan laddu, kuih bulan dan banyak lagi. Agak kelakar juga apabila terdapat sesetengah pelajar yang menyangka manisan laddu yang disediakan sebagai bebola nugget, Putu Mayam sebagai bihun dan macam-macam ragam lagi yang dapat dilihat. Diharap dengan adanya Sambutan Deeparaya ini, pelajar-pelajar dapat mengenal makanan-makanan rakyat Malaysia dengan lebih baik lagi.


Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur sejak dari petang lagi dengan segmen Intro-Deeparaya yang melibatkan Pertandingan Menganyam Ketupat, Battle of the Dance Mat, Pertandingan Melukis Kolum dan juga Pertandingan Football. Acara pada malam itu dimulakan dengan persembahan lagu-lagu raya evergreen yang disampaikan oleh Shafiq dan Nashriq dari Biro Moot dan Bahas, diteruskan dengan pasangan Sehati Berdansa FUU yang berjaya menggamit perhatian hadirin dengan keunikan tarian India mereka. Selepas itu, pentas diambil alih oleh band pelajar-pelajar tahun satu yang menyampaikan pelbagai lagu-lagu dalam pelbagai bahasa secara unplugged.
Tamat acara persembahan, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang berlangsung ketika segmen Intro-Deeparaya.

Antara mereka yang bertuah adalah Nurul Ema bt Tauhid (Battle of the Dance), Robern (Kick the Ball), Kumpulan KSK (Pertandingan Kolum) dan juga Farha (Menganyam Ketupat). Bagi yang tidak bernasib baik, diharap boleh mencuba lagi pada masa akan datang.
Sekitar jam 11 malam, tetamu VIP dan jemputan beransur-ansur pulang dan majils Sambutan Deeparaya mula melabuhkan tirai. Di kesempatan ini, Biro Penerbitan dan Penerangan PERUNDANG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyumbangkan keringat sekaligus menjayakan acara yang dianjurkan ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Intan Safinaz bt Mohammad Ali

MAKLUMAN

Berikutan masalah pencetakan, Makalah PERUNDANG akan dikeluarkan pada hari Jumaat bersamaan 16 Oktober 2009. Para pelajar dan kakitangan FUU boleh mendapatkan Makalah PERUNDANG di Perpustakaan Undang-Undang. Harap maklum.

Editor

Tuesday, October 13, 2009

TERIMA KASIH KEPADA PENAJA MAJLIS SAMBUTAN DEEPARAYA 2009

Kami di Barisan PERUNDANG ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja bagi Majlis Sambutan Deepavali dan Hari Raya ( DeepaRaya ) 2009.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM

Puan Rosnah Suliman (Ketua PUU)
Dr. Roshida
Dr. Hasani
Puan Sitha (Public Speaking)
Prof Madya Dr. Zinatul Ashikin
Prof. Shamsuddin Suhor
Puan Zainunnisa
Prof. Aishah Bidin
Prof. Madya Rohimi Hj Shapiee (Timb Dekan)
Dr. Suzanna


Penaja Hamper

Az-Zahrah
Cambridge English for Life (0382101525)
Butik My Dream (0177234377-Pekerja diperlukan)

Penaja Makanan

Yahni Resources
Fatihah Frozen Food (012-3888249)

Lain-lain

Restoran Ameer Ali
Yashraf Stationary
Pasar Mini Daya Maju
Nasi Kandar Mutiara
Pasaraya KR Mart
Restoran Nasi Kandar Tanjung
Em Je Enterprise (012-2951480)
Kedai Serbaneka Fokus (012-9330067)
Ysratun Bakery

Orang Perseorangan

Wan Nur Hazira bt Wan Salam (Batch 21)
Ahmad Faiq Azizan ( Batch 23)
Faten Nadia Ismail (Batch 23)
Radin Muhd Nur Amiin (Batch 23)
Mohd Hafiz Khamis (Batch 23)

TERIMA KASIH SEKALI LAGI

*Terima kasih juga kepada Khairoon Arina (Ketua Marketing), Siti Fairus dan Liyana Syuhada sebagai marketing department program ini

Monday, October 12, 2009

BAKSIS 2009


TARIKH : 11 NOVEMBER - 13 NOVEMBER

TEMPAT : FELDA LUI TIMUR, NEGERI SEMBILAN


Seperti tahun sebelum ini, PERUNDANG akan mengadakan Program Baktisiswa yang bertujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan sepanjang program. Yuran hanya RM 10. Tempat terhad 60 pelajar yang pertama mendaftar.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1) Nazirah Kamaruzaman (019 2760812)

2) Izzah Zayana Abu Bakar (0122376246)

Friday, October 9, 2009

TERIMA KASIH KERANA HADIR

Kepada Dekan, Timbalan Dekan, pensyarah dan kakitangan, serta para pelajar FUU, diucapkan terima kasih kerana hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali (Deeparaya) 2009 di FUU! Minta maaf jika ada kekurangan yang anda semua alami!

Sunday, October 4, 2009

SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN DAN GEMPA BUMI DI PADANG

Sehubungan menjelangnya hari peperiksaan, PERUNDANG akan menjalankan Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir dan juga bagi Bencana Gempa Bumi di Padang, Indonesia. Waktu dan tarikh mengikut ketetapan dibawah:

TARIKH
13 OKTOBER 2009 (SELASA)

TEMPAT
SURAU FAKULTI UNDANG-UNDANG

MASA
SELEPAS SOLAT ZOHOR

Semua umat Islam dijemput hadir ke majlis tersebut.

Saturday, October 3, 2009

MAKALAH PERUNDANG EDISI OKTOBER

AKAN DIEDARKAN PADA 15 OKTOBER 2009. EDISI DEMAM RAYA+DEMAM EXAM. CETAKAN TERHAD.

JAMES CRAWFORD BIENNIAL LECTURE 2009

DATE
14th OCTOBER 2009 (WEDNESDAY)

TIME
4.30 PM

VENUE
AUDITORIUM TUN MOHD SUFFIAN, FACULTY OF LAW, UM

TITLE
THE COMMON LAW AND INTERNATIONAL LAW A DYNAMIC CONTEMPORARY DIALOGUE

PRESENTOR
THE HONOURABLE MICHAEL KIRBY (FORMER JUSTICE HC OF AUSTRALIA

CONTACT
MS. CELINE LIM (03-62015678)

EMAIL
adelaide@thomasphilip.com.my

via live interactive video braodcasting

FOR MY DAUGHTER ANA (IIUM MOCK TRIAL 2009)

Klik untuk lebih terang dan jelas

MAKLUMAT TAMBAHAN DEEPARAYA!

Buat pengetahuan semua, program tersebut akan dimeriahkan dengan sajian kuih bulan serta pesta tanglung dari kaum Cina di FUU. Selain itu, performance juga akan diadakan. Hopefully, everyone can attend this program!

Thursday, October 1, 2009


JUNIOR PARALEGAL WORKSHOP (PHASE II)

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2009 (sabtu dan ahad)
Tempat: UKM (Bangi)
Masa : 8 pagi - 6 petang
Bayaran : RM 180 (non-members), RM 160 (members), RM120 (group register, 5 or more)
Hubungi : 0321169635 atau Encik Mahmud Hamdi (0173678484)
Email : postmaster@law-professors.com atau www.law-professors.com