Wednesday, September 30, 2009

SAMBUTAN DEEPAVALI DAN HARI RAYA (DEEPARAYA) 2009

Sila klik untuk paparan lebih jelas

8 OKTOBER 2009
5 PTG - 10.30 MLM
SEKITAR FAKULTI UNDANG-UNDANG
BAYARAN : RM 5 (MAKAN MALAM)

INTRO DEEPARAYA

5 PTG - 6.30 PTG

a) Deejay FUU : Ucapan dan dedikasi lagu Raya dan Tamil. RM 1.

b) Pameran Mesra Perayaan : Bertemakan 'Malam Mesra Perayaan', pameran ini akan membawa kita mengenali Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali dengan lebih erat.

c) Pertandingan Kolum:
Tempat: Foyer FUU
Bayaran: RM 5 satu kumpulan (3orang)
Hubungi: Lalitha (0166369418)
Tema: Deeparaya dan 1Malaysia

d) Pertandingan Anyam Ketupat:
Tempat: Cafe FUU
Bayaran: RM2 seorang
Hubungi: Kak Ema (0122236005)
Jenis: Ketupat satay, bawang dan jantung (sintor) shj
Penilaian: Anyaman paling kemas, cantik dan terpantas

e) PES 2009 'Kick The Ball'
Tempat: DK
Bayaran: RM 3 seorang
Hubungi: Naresh (0176705556

f) Pertandingan Dance Mat 'Everybody Can Dance'
Tempat: Bilik Seminar
Bayaran : RM 2 seorang
Cara: Kalah mati. Single or double.
Hubungi: Mastura (0133011055)

OUTRO DEEPARAYA

8 mlm - 10.30 mlm
Dihadiri oleh Dekan FUU, Timb. Dekan, kakitangan PUU*

a) Makan Malam
Tema: Malam Mesra Perayaan
Bayaran: RM 5 (wajib dibayar, bayar sebelum Selasa 6 Oktober 2009)

b) Persembahan Kebudayaan

c) Open Stage Karaoke*

d) King & Queen of Deeparaya

*Tertakhluk kepada perubahan
*Semua batch perlu hantar sekurang2nya beberapa pasukan atau pemain bagi setiap pertandingan
*Program pertama diadakan di FUU sempena Deeparaya
*Bagi pelajar 1st year dan sesiapa yang ada kelas pada petang tersebut, jika tidak pulang pada masa gap yang ada antara intro dan outro Deeparaya, sila bawa pakaian raya anda siap2!

DAPATKAN SEGERA!!

MAJALAH BERITA PERPUSTAKAAN UNDANG-UNDANG EDISI JANUARI HINGGA JUN 2009. BOLEH DAPATKAN DI KAUNTER PUU SECARA PERCUMA.

Tuesday, September 29, 2009

PANDUAN PAKAIAN SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UKM

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN BAGI LELAKI :

a) Baju kemeja T tidak berkolar dan tidak berlengan
b) Seluar jeans
c) Seluar pendek
d) Pakaian sukan
e) Memakai selipar atau capal
f) Memakai topi (cap)
g) Berambut panjang
h) Berpakaian wanita

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN BAGI WANITA :

a) Baju kemeja T tidak berkolar dan tidak berlengan
b) Baju tidak berlengan dan singkat (mendedahkan pusat dan belakang semasa duduk)
c) Seluar jeans dan slack ketat
d) Berskirt
e) Berpakaian ketat dan mencolok mata
f) Seluar pendek
g) Berselipar

Bagi yang tidak ikut arahan, anda mungkin akan dihalau dari dewan peperiksaan.

*Good luck dari Barisan PERUNDANG

Monday, September 28, 2009

LAW CAREER CONVENTION 2009

SATURDAY
10 OCTOBER 2009
8.30 AM - 5.00 PM
FACULTY OF LAW, UNIVERSITY MALAYA

The Law Career Convention (LCC) is an annual career fair hosted by the Law Society, University of Malaya (UM) to provide a platform for law students to meet prestigious law firms, corporate companies, non-governmental organization and other institutions to discover the prospects of working with them in the future.

The options to do attachment programs, chamber and build a successful career for a law student and a law graduate are endless. There are a spectrum of firms and companies that come in different sizes to choose from. Being young students, it can get a little confusing in making the ‘right’ decision for our future. The LCC empowers students with choices and opportunities.

At the same time, it gives the participating firms and companies the chance to rope in future assets for their respective firms. Firms are able to meet a pool of budding lawyers not only from UM but from various public and private universities as we aim to widely publicize our event.

This year, LCC will be on the 10th October 2009 at the Faculty of Law, University of Malaya.

We would like to extend our warmest welcome to everyone to participate and come to our event. Allow us to be your host in the most anticipated law career fair in Malaysia! Come one, come all!



Sunday, September 27, 2009

SELAMAT KEMBALI KE FAKULTI


KEPADA SEMUA MAHASISWA/I FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM, SELAMAT KEMBALI DENGAN SELAMAT. MAI DUIT RAYA SIKIT!!! PRESENTATION BERLAMBAK2!!

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Hari ini, 16 September juga merupakan Hari Angkatan Tentera Malaysia. PERUNDANG ingin mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada tentera-tentera tidak kira darat, laut atau udara. Jasa budi anda disanjung tinggi.

*Taburlah bunga diatas pusara..pe tajuk lagu tu ha??

Tuesday, September 15, 2009

MAKLUMAN MENGENAI PENGESAHAN PENGINAPAN MAHASISWA/I

Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Bagi Semester II Sesi 2009/2010

a)Sila buat pengesahan mulai 1 hingga 15 Oktober 2009
b)Selepas tarikh ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM 25.00 kerana lewat membuat pengesahan.
c)Pengesahan hendaklah melalui Web http://www.ukm.my/upp
d)Pendaftaran masuk kolej mulai 20 Disember 2009

Permohonan penginapan kolej kediaman Semester II Sesi 2009/2010

a)Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar lolej, sila buat permohonan melalui Web Secara “On Line” http://www.ukm.my/upp mulai 20 hingga 31 Oktober 2009.
b)Keputusan Permohonan Akan Dimaklumkan Melalui Sms Sebelum Semester II Dibuka.

Tarikh Akhir Penginapan Kolej Kediaman Dan Permohonan Penginapan Luar Semester I Sesi 2009/2010

a)Tarikh akhir mengosongkan bilik pada 14 November 2009
b)Permohonan pnginapan luar semester (Isi Borang) mulai 1 hingga 15 Oktober 2009

PEPERIKSAAN

Keputusan peperiksaan kita semua akan diumumkan pada 17 Disember 2009. Harap maklum.

Semoga berjaya.

MAKLUMAN

Makluman kepada warga FUU, anda boleh melawat blog Pusat Kesihatan UKM untuk sebarang maklumat mengenai kesihatan anda. Selain itu, ada juga update mengenai virus H1N1 untuk warga UKM. Anda boleh melawat blog tersebut dengan klik pada ruangan 'pautan'.

Terima kasih.

KAD RAYA UNTUK PUU


Semoga salah dan silap kami dimaafkan. 0-0 ok!!

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Ikhlas dari kami,

PERUNDANG Sesi 2009/2010

*Sem depan Amazing Race ala FUU ok!!

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH PRESIDEN PERUNDANG 2009/2010


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Ketika saya menulis ucapan ini, kita sedang menyambut Ramadhan yang ke 24. Alhamdulilah, Allah telah panjangkan usia kita bagi bersama-sama menyambut bulan Ramadhan ini. Saya mengharapakan agar kita dapat memperbanyakkan Ibadah dalam baki-baki yang terakhir di bulan Ramadhan ini. Jangan asyik sangat dengan persediaan bagi mengahadapi Syawal yang bakal menjelang, tetapi perbanyakkan ibadah kerana banyak manfaatnya. Tingkatkan ilmu agama, tingkatkan ibadah dengan zikir dan selawat dan selalu berdoa untuk mengharapkan keredhaan dari-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihatkan kepada mereka yang akan balik ke kampung dengan kenderaan masing-masing, supaya berhati-hati di jalan raya. Amalkan panduan keselamatan jalan raya seperti yang diperuntukkan undang-undang. Elakkan memandu melebihi had laju, ikut kiri jika tidak memotong, jangan ikut terlalu dekat dari belakang, gunakan lampu isyarat dengan sebaik mungkin dan pakailah tali pinggang keselamatan samada pemandu atau penumpang. Selain itu, jangan memandu ketika letih dan penat. Berehatlah sebentar untuk mendapat balik kesegaran kerana saya pasti keluarga anda akan menati kepulangan anda dengan penuh kesabaran.

Di samping itu juga, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya menjaga pemakanan di waktu raya ini. Seperti mana yang kita ketahui, Hari Raya penuh dengan bermacam-macam juadah enak seperti ketupat dan rendang, tetapi makanlah sekadar perlu dan jangan makan mengikut nafsu kerana bak kata pepatah ‘mencegah itu lebih baik dari mengubati’.

Tambahan pula, saya juga ingin mengingatkan rakan-rakan supaya jangan bermain mercun kerana mercun merupakan bahan yang berbahaya. Nasihat ini juga ditujukan kepada sanak saudara anda di kampung.

Akhir kalam, kami di barisan Perundang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Semoga Hari Raya Aidilfitri ini dapat disambut dengan meriah tetapi bersederhana. Semoga berjumpa lagi.

Sekian terima kasih.

Salam Syawal.

PRESIDEN PERUNDANG

2009/2010

"AMANAH PEGANGAN KAMI"

SELAMAT HARI MALAYSIA


16 SEPTEMBER 2009


PERUNDANG mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Fakulti Undang-Undang, UKM. Semoga keamanan yang kita kecapi berkekalan hendaknya. Amin..



Malaysia, The Power of One

It takes one to move a mountain
One to reach the sky
It takes one to break the barrier
To let the others fly
It takes one to set the motion
The coming of a dream
One to change history
And set the people free
Malaysia has everything it needs
Imagine and it's done
It's written on our heart

Saturday, September 12, 2009

DEEPARAYA

Program tersebut dijadualkan pada 9 Oktober 2009 terpaksa diawalkan ke 8 Oktober (khamis) kerana clash dengan seminar yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Maka, dinasihatkan kepada semua mahasiswa/i agar tidak pulang pada hari minggu tersebut kerana banyak program dan aktiviti dijalankan. Diantara program menarik DeepaRaya adalah Pertandingan Column, Pertandingan Anyam Ketupat, Pertandinag PES 2009, Pertandingan Dance Mat, Pameran Kebudayaan, dan Deejay Fakulti. Sebelah malam akan diadakan jamuan makan malam "Malam Mesra Perayaan" di mana makanan India dan Melayu menjadi sajian utama. Selain itu, persembahan kebudayaan dari kaum Melayu, Cina dan India turut diadakan. Selepas itu, acara karaoke lagu raya dan tamil serta Best Dress akan dilaksanakan. Pihak penganjur mensarankan mahasiswa/i agar dapat menghadirkan diri kerana ini merupakan program pertama seumpama ini diadakan di fakulti kita.

8 oktober (khamis) : DeepaRaya
9 oktober (jumaat) : Seminar Suruhanjaya Sekuriti
10 oktober (sabtu) : Alsa National Forum 2009

*Maklumat lanjut DeepaRaya akan diberitahu kelak. Tertakhluk pada perubahan
*Still pikir nak adakan aktiviti kacau dodol beramai2...

Thursday, September 10, 2009

DUKACITA DIMAKLUMKAN

Program Baktisiswa yang dijadualkan pada 2-4 Oktober ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kelak. Harap maklum.

Yang benar,

Exco Akademik PERUNDANG 2009/2010

TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR
















Semalam, khamis 10 hb, Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Gedung Lalang Ampangan. Terima kasih kepada yang sudi hadir bersama-sama memeriahkan majlis. Tq kepada yang menderma. Lecturer, kakitangan dan , mahasiswa. Betapa gembiranya mereka bila ada yang masih mahu mengambil berat tentang mereka. Jasa anda sangat dihargai. Inilah bait-bait lagu yang dipersembahkan oleh anak-anak yatim di sana. Ada yang tidak mampu menahan air mata dari terus berlinang tatkala melihat mereka menyanyi...

Dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

Disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah

Duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

*Dah besar2 xdapat duit raya dah...

KAD RAYA GEDABAK BESAR


Hasil usaha beberapa kakitangan PUU, maka terhasillah kad raya yang gedabak.. Tq..Ini semua untuk anda!!

*POM3!!!!Bunyik mercun!!!!

Tuesday, September 8, 2009

TAKZIAH


Saya diberitahu bahawa semalam seorang pelajar Ijazah Sarjana (Master) , Mohd Esranizam bin Rapie meninggal kerana demam campak. Kami di barisan PERUNDANG mewakili mahasiswa/i Fakulti Undang-Undang mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Esok, 10 September akan diadakna bacaan Yassin di surau FUU. Semua mahasiswa/i dijemput hadir ke surau.

PERPUSTAKAAN KITA DAH START PASANG LAMPU KELIP2..WA..JUM BALIK!!!

Kepada student yang balik awal, Selamat Hari Raya. Semoga selamat sampai dan selamat balik ke UKM. Yang team balik awal nih geng2 Borneo ni..Sabah dan Sarawak.. Tiket dah abeh dah..Wa..Sempat la korang pi kacau dodol! Bagus2..

Kepada yang lain, maybe ada presentation, teruskan la ye..Selamat Hari Raya dan selamat bercuti dari PERUNDANG! Cuti setakat 27 September je ok!! Bawah ni gambar PUU kita dah start pasang lampu raya semua.. Kepada setiap batch, anda bolehlah bagi kad ucapan kat PUU or personal card pon xpe..Biar penuh kat kaunter tu!!




*After cuti ada sambutan deeparaya, ada game anyam ketupat. So, praktis la cuti nih!!

MAKALAH PERUNDANG TELAH DIEDARKAN

Seperti yang dijanjikan, Makalah Perundang edisi September sudah pun diedarkan kepada wakil setiap batch. Jika anda belum dapat, sila bertanya kepada rakan-rakan yang berjaya mendapatkan makalah tersebut.

Kami akan cuba upload Makalah Perundang Edisi Ogos disini dalam bentuk full version. Bagi makalah bulan ini, anda perlu menunggu edisi Oktober diterbitkan barulah PERUNDANG akan upload edisi September. Harap maklum.

TUKAR TEMPAT PULAK

Merujuk kepada Program Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim pada 9 Oktober ini. Tempat berkumpul ditukarkan ke Bus-stop Kolej Za'ba.

*Wanita sila bawa telekung. Peserta sila bawa sejadah masing-masing. Bayaran RM7.

Sunday, September 6, 2009

RALAT

Merujuk kepada notis 'Makalah PERUNDANG akan diedarkan pada 8 September'. Kesilapan pada ayat ' 200 keping untuk setiap batch' sebenarnya adalah '50 keping untuk setiap batch'.

Segala kesilapan amat dikesaliAlign Center

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM


Bersempena Ramadhan yang mulia ini, PERUNDANG turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim iaitu dari Yayasan Anak Yatim Gedung Lalang, Ampangan, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan juga untuk mengutip derma dari warga FUU bagi Yayasan Anak Yatim tersebut. Maklumat program adalah seperti di bawah:

Bayaran : RM 7 (RM 5 makanan, RM 2 derma)
Tempat berkumpul : Bus Stop FTSM
Masa berkumpul : 4.30 petang

Jumlah kekosongan : 20 orang


*Pelajar yang tidak dapat hadir boleh menderma kepada Yayasan Anak Yatim kepada tabung yang akan diedarkan minggu depan
*Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan

Friday, September 4, 2009

CIRI-CIRI SESEORANG MENGIKUT BULAN KELAHIRAN TAHUN HIJRAH

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Selamat Berbuka Puasa!

Wednesday, September 2, 2009

MAKALAH PERUNDANG BULAN SEPTEMBER

DAPATKAN MAKALAH PERUNDANG BULAN SEPTEMBER PADA:

8hb SEPTEMBER 2009 (SELASA)
CETAKAN TERHAD (HANYA 200 KEPING)
DI ANTARA KANDUNGAN IALAH KARYA WARGA FAKULTI YANG PERTAMA, DIARI PERUNDANG, UPCOMING EVENTS DAN LAIN-LAIN.

'SIAPA CEPAT DIA DAPAT'

*diedarkan pada setiap batch. Hanya untuk edaran FUU sahaja

Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52


Barisan PERUNDANG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52. Sebagai rakyat Malaysia, tarikh tersebut bukanlah terpatri pada 31 Ogos semata-mata tetapi perlulah disemat semangat cintakan kemerdekaan dan keamanan di Malaysia yang kita telah kecapi selama ini. Kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Jangan biarkan api-api gemuruh menyambar keamanan dan kenikmatan yang kita perolehi dari titik peluh pejuang-pejuang terdahulu.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

*Maaf lambat wish..