Thursday, February 4, 2010

PERUNDANG2009.BLOGSPOT.COM

Kepada semua warga Fakulti Undang-Undang, blog ini perundang2009.blogspot.com akan dihentikan dan akan ditukar kepada link yang baru yang akan ditentukan oleh pimpinan PERUNDANG sesi 2010/2011. Blog ini akan dikekalkan sebagai rujukan di masa hadapan. Dikesempatan ini, saya Mohd Amirul mewakili PERUNDANG sesi 2009/2010 ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan kelemahan semasa menyelia blog ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari-Nya dan yang lemah itu datang dari diri saya sendiri. Terima kasih.

PERUNDANG 2010/2011

Tahniah diucapkan kepada semua yang memenagi kerusi PERUNDANG bagi sesi 2010/2011. Terima kasih kepada semua yang mengundi dan juga SPR dan warga fakulti yang memberi kerjasama. Semoga PERUNDANG 2010/2011 di bawah pimpinan Saudara Hassan akan membawa fakulti kita lebih terkehadapan. Semoga berjaya kepada anda semua!

TAHNIAH KEPADA PERUNDANG SESI 2009/2010

Terima kasih kepada PERUNDANG 2009/2010 yang telah menjalankan tugas sepanjang memegang jawatan selama setahun. Agar dimaafkan segala kesilapan dan kelemahan semasa kami menjalankan tugas. Terima kasih kepada semua warga Fakulti Undang-Undang UKM yang menyokong setiap program yang dijalankan samada secara langsung atau tidak langsung.