Thursday, December 31, 2009

TWO ZERO ONE ZERO


SELAMAT TAHUN BARU PERUNDANG UCAPKAN KEPADA SEMUA PENSYARAH, MAHASISWA/I DAN KAKITANGAN FUU. SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBAWA SERIBU MANFAAT KEPADA KITA SEMUA. PERUNDANG MENGHULURKAN SALAM KEMAAFAN ANDAI KATA TERDAPAT KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.

Wednesday, December 30, 2009

PERTANDINGAN DEBAT PIALA DEKAN FAKULTI UNDANG-UNDANG 2010

Exco Moot dan Bahas PERUNDANG akan menganjurkan Pertandingan Piala Dekan Fakulti Undang-Undang 2010 mengikut ketetapan di bawah:

TARIKH : 9 JANUARI (SABTU)
TEMPAT :FAKULTI UNDANG-UNDANG
ANJURAN : EXCO MOOT DAN BAHAS DENGAN KERJASAMA KELAB MOOT DAN BAHAS


Syarat-syarat:

1) Setiap tahun pengajian DIKEHENDAKI menyediakan dua pasukan yang terdiri dari 4 orang pendebat bagi setiap pasukan.

2) Pertandingan akan dijalankan dengan format KALAH MATI yakni terus bemula pada pusingan suku akhir kerana hanya 8 pasukan yang akan mengambil bahagian.

3) Usul pertandingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan DIBERIKAN AWAL untuk memudahkan persediaan para pendebat.

4) Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan kepada pasukan bertanding.

5) Pertandingan ini adalah sebagai platform untuk membantu persediaan pasukan Fakulti Undang-Undang UKM yang akan menyertai Pertandingan Debat Ketua Hakim Negara 2010.

6) Taklimat berkenaan format perdebatan akan diberikan pada hari Rabu 6 Januari 2010 pukul 2.00 petang di Bilik Perundang.

7) Semua dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada para pendebat pada 9 Januari 2010

8) Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Nik Mohd Nashriq 0196649410

Shafiq bin Mahadi 0172187615



Walaupun UKM gagal untuk memenangi tempat dalam Pertandingan Mut Syariah di USIM, tetapi semangat pasukan mereka harus dipuji. Hal ini kerana mereka telah menghabiskan lebih separuh cuti semester di FUU. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan penghargaan perlu diberikan kepada Timbalan Dekan FUU, Prof. Madya Dr. Faridah Jalil.

Begitu juga dengan pasukan Moot International Humanitarian Law yang bertungkus-lumus sepanjang cuti semester sebagai persediaan untuk mewakili UKM. Mungkin belum masih ada rezeki. Tahun depan maybe!

Sila klik link

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1229&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_03.htm

FESTIVAL SUKAN FAKULTI UNDANG-UNDANG (FESKUN)

Buat julung kalinya, Exco Sukan dan Rekreasi PERUNDANG sesi 2009/2010 akan menganjurkan sukan antara batch di FUU. FESKUN ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara sesama mahasiswa/i di FUU. Diharapkan mahasiswa/i dapat hadir bagi memeriahkan majlis.

TARIKH : 6 JANUARI 2010 (RABU)
JAM : 5 PETANG
TEMPAT : PADANG FUTSAL UKM


*Lelaki akan bermain futsal
*Perempuan akan bermain bola jaring
*Setiap batch wajib hantar satu pasukan bagi setiap permainan

Sunday, December 20, 2009

LARI DARI KEADAAN NORMAL

Aku jumpa benda ini. Sebagai ingatan kepada semua yang bakal kahwin dan ramai yang kahwin aku rasa benda ini bagus. Ilmu tidak kenal tempat. Dicopet dari blog orang.


Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!

.............

Step Unofficial

1. Carik pasangan.Pasangan kalau boleh cariklah yang senang dipandang,berakhlak elok,menjaga kelakuan,beradab,tahu malu,menutup aurat dan berbadan seksi macam kerengga.

2. Kumpul duit untuk hantaran dan lain-lain.Simpanlah 15 ribu.Rundingkan dengan keluarga belah perempuan jika anda kurang berkemampuan.

3. Dapatkan persetujuan wali secara lisan.Bila wali kata "datanglah bawak wakil dan 2 bentuk cincin,satu cincin risik (tanda) dan satu cincin tunang," itu maknanya harapan agak besar.Jika wali kejar anda dengan parang,janganlah sesekali cuba melawan balik.Balik rumah dan fikirkan sebabnya.Mungkin anda tak hensem.

4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah.Bertunang tu nak buat ke tak nak,terpulanglah kepada pihak perempuan.Tarikh dah dapat,usaha lah simpan apa yang tak cukup lagi.

Step Protokol dan Undang-Undang

Sekarang masuk protokol2 dan borang2.Bab protokol ni,aku nasihatkan,buat 3 bulan sebelum tarikh nikah.Ada sebabnya.Buat awal-awal takleh sebab sesetengah benda ada expired date.Buat lambat nanti pihak perempuan kelam kabut sebab pihak perempuan kena tunggu borang anda,baru diorang boleh proceed.

1. Pergi kursus kahwin!RM80 untuk kursus 2 hari.Kepada yang tidak ada pasangan,ini adalah peluang yang baik untuk anda mencari pasangan kerana jumlah peserta perempuan sangat ramai.Pastikan gadis itu datang seorang sebelum anda cuba mengayat dia.Dapat sijil,pakai untuk seumur hidup.Manalah tau lepas2 ni nak tambah lagi seorang dua ke,sijil masih valid.

2. Pegi Klinik Kesihatan Kerajaan.Buat saringan HIV.Benda ni valid 3 bulan aje.Ada sesetengah tempat kena buat appointment.Biasanya HIV test ni dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis pukul 2 sampai 4.30 petang.First come first serve basis.Datang awal sebab test kit tu limited quantity.

2. Jika anda menetap di daerah berlainan dengan alamat IC anda,pergi ke Jabatan Agama negeri anda dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan anda menerima "Borang Pengesahan Pemastautin." Isi borang itu selengkap mungkin.Tips : Jika anda tidak pasti bila dan dimana anda akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu."Takpe",kata brader Jabatan Agama hari tu,belah lelaki tak kisah sangat.

3. Jika anda seorang perantau,macam aku,anda KENA pergi carik penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim anda.Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

4. Selepas semua borang sudah pun diisi,bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan anda.Jika anda tak kenal siapa,pastikan anda tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal.Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang anda valid.Dia pun akan cop jugak.Jika tempat anda takde jurunikah (macam kes aku),pegi ke Jabatan Agama Daerah anda.Kat situ ada jurunikah.Macam Selangor,aku kena bawak dua orang saksi yakni member aku untuk sain borang tu depan Pegawai Jab.Agama.Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.

5. Surat Akuan Bujang perlu disediakan.Pegi jumpa dengan Human Resource Dept. tempat anda bekerja dan cakap "Saya bujang,saya nak surat yang mengesahkan saya bujang sebab saya dah nak kahwin.Nasib baik ada orang nak kawin dengan saya" dan HR Dept. akan faham lah apa yang kena disediakan.

..........

Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri anda dan hantar semua benda tadi tu.Kalau KL dengan Selangor,pagi hantar,petang dah boleh ambik balik.Apa yang anda dapat selepas semua usaha keras anda tadi?

Sepucuk surat yang membenarkan anda untuk berkahwin.Itu yang paling penting.Kerja berat kiranya dah setel.Tinggal sisa-sisa kerja aje sket lagi.Ingat!Surat ni ada expired date.Kalau Selangor,mesti kahwin dalam 3 bulan lepas surat tu keluar.Tempat lain aku tak tau.

Dah dapat surat tu,protokol untuk pihak lelaki dah setel dan konsentret untuk majlis kahwin.

.............

Step-Step Terakhir

1. Pegi kedai gambar dan cakap nak buat gambar lesen tapi ANDA DIMESTIKAN memakai SONGKOK!Kopiah,serban,tarbus atau helmet tidak dibenarkan.Wajib ada 5 keping.

2. Dah ambik gambar,fotostat semua borang yang ada 4 keping.1 salinan untuk anda simpan.Semua yang original dan 3 salinan tadi bagilah dekat pihak perempuan.

Kenapa kena bagi yang original?Lain negeri,lain requirement,kalau tiba2 Jabatan Agama negeri bakal isteri anda nak tengok yang original,pihak perempuan ada dan boleh tunjuk.Takyah nak mintak2 dengan anda.Mana tau anda orang Pahang dan gelfren anda orang Sarawak,payah jugak nak menghantar dokumen2 tu.

Bagi jugak gambar anda bersongkok kepada pihak perempuan.Kedai gambar buat 8 keping minimum,jadi 3 keping lebih adalah untuk simpanan peribadi bakal isteri anda atau bakal mak mertua anda.

Step Penutup

Setel semua benda protokol,tibalah masanya untuk anda menghitung hari.Adakah ada aku terlupa sesuatu?Oh!Step terakhir yang anda perlu ambil dan PALING PENTING SEKALI....

1.Pegi berurut.Dan bila aku tulis pegi berurut,urut betul2.Bukan pegi mana-mana pusat Spa dan kena "urut" dengan amoi.

2. Revise balik doa dan surah2.Manalah tau Tok Kadi tanya.

3. Jaga diri baik-baik.

Harap benda ni membantu anda.Orang selalu heboh pasal baju,pelamin,dulang hantaran....tak ramai yang tunjuk ajar pasal benda ni.

*Ayat last paling besh!

SALAM MAAL HIJRAH

PERUNDANG mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Semoga dengan tahun baru ini, kita akan lebih berusaha untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Semoga hijrah kita untuk lebih memahami dan mengamalkan Islam dapat disempurnakan dengan langkah yang istiqamah.

Dan marilah juga kita sama-sama berdoa agar umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera dan dirahmatiNya.

Amiin..

SELAMAT HARI NATAL

Kepada mahasiswa/i Fakulti Undang-Undang yang beragama Kristian, PERUNDANG ingin mengucapkan Merry Christmas kepada anda semua. Semoga perayaan tahun ini disambut dengan penuh meriah dan penuh kesyukuran. Kepada yang pulang ke kampung, pandulah dengan cermat serta jaga diri anda semua.

M.E.R.R.Y C.H.R.I.S.T.M.A.S

STIKER FUU

Diingatkan kepada sesiapa yang ingin membeli stiker FUU, sila hubungi Saudara Amar Hamidi di talian 0179088646. Tempahan akan dilanjutkan ke semester baru.

SELAMAT KEMBALI DENGAN KEYAKINAN BARU

PERUNDANG ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang baru sahaja mendapat tahu keputusan bagi semester lepas. Kepada yang merasakan keputusan tidak begitu memuaskan, kita perlu bangkit dan berusaha pada sem baru ini. Gagal sekali tidak semestinya kita gagal untuk selamanya. Bagi yang tidak dapat periksa keputusan kerana hutang UKM yang dari mana datang, kita tunggu semester baru ni!

PERUNDANG juga ingin mengucapkan selamat kembali ke Fakulti Undang-Undang. Semoga semester ini lebih baik dari semester depan.

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA


Minta maaf kerana dah lama tak update blog sebab masalah kesihatan..So, pasukan bola sepak kita berjaya menjuarai Sukan Sea di Laos baru2 ini. Jaringan sendiri pemain Vietnam berserta penjaga gol yang degil tak mau digantikan menyebabkan mereka tewas di tangan Malaysia. Kita sememangnya dah lama tunggu saat2 ini kerana kali terakhir kita juara adalah 20 tahun yang lepas. Masa yang sangat lama untuk kita kembali digeruni. Kita menundukkan ego Vietnam yang sebelum perlawanan, jurulatihnya menyatakan bahawa mereka bernasib baik bertemu Malaysia di final. Tetapi, jaringan sendiri pemainnya telah meranapkan harapan beliau. Maka, kembali kita melaungkan MALAYSIA BOLEH!